Khamis, 30 April 2009

LAUTAN, GEOGRAFI


5 Lautan
Lautan Artik
Lautan Atlantik
Lautan Hindi
Lautan Pasifik
Lautan Selatan

LAUTAN PASIFIK
Lautan Pasifik (dari bahasa Sepanyol Pacifico, ertinya tenang) atau kadangkala juga disebut Lautan Teduh adalah kumpulan semua laut di antara Asia dan Australasia di sebelah barat, Amerika di sebelah timur, Antartika di sebelah selatan dan Lautan Artik di sebelah utara.
Lautan Pasifik adalah kumpulan air terbesar di dunia. Ia mencakupi kira-kira sepertiga permukaan Bumi, dengan luas sebesar 179,7 juta km² (69,4 juta mi²). Panjangnya sekitar 15.500 km (9.600 mi) dari Laut Bering di Artik hingga batasan ais di Laut Ross di Antartika di selatan. Lautan Pasifik mencapai lebar timur-barat terbesarnya pada sekitar 5 darjah U garis lintang, di mana ia terbentang sekitar 19.800 km (12.300 mi) dari Indonesia hingga pesisir Colombia. Batas sebelah barat lautan ini biasanya diletakkan di Selat Melaka. Titik terendah permukaan Bumi—Jurang Mariana—berada di Lautan Pasifik.
Lautan Pasifik terdiri daripada sekitar 25 000 kepulauan (lebih dari jumlah kepulauan yang berada di lautan dunia lainnya jika digabung), yang majoritinya terletak di selatan khatulistiwa.
Di batasan Lautan Pasifik terdapat banyak lautan, yang terbesar adalah Laut Sulawesi, Laut Koreal, Laut China Timur, Laut Jepun, Laut China Selatan, Laut Sulu, Laut Tasman dan Laut Kuning. Selat Malaka menghubungkan Lautan Pasifik dengan Lautan Hindi di sebelah barat, dan Selat Magellan menghubungkan Lautan Pasifik dengan Lautan Atlantik di sebelah timur.
Penjelajah Portugis Ferdinand Magellan adalah orang yang menamakan Lautan Pasifik. Untuk sebagian besar perjalanannya dari Selat Magellan menuju Filipina, Magellan memang merasakan ketenangan lautan tersebut. Tetapi, Lautan Pasifik tidaklah selalu tenang. Di mana Lautan Atlantik melebar, Lautan Pasifik menciut. Hal ini menyebabkan banyak terjadinya gempa bumi. Banyak angin puyuh dan badai yang merosakkan pulau-pulau di bahagian Pasifik dan tanah di sekitar Pasifik dipenuhi gunung berapi dan sering digegarkan dengan gempa bumi. Tsunami, yang disebabkan oleh gempa bumi di dasar laut, telah menghancurkan banyak pulau dan menghapuskan seluruh kota.



LAUTAN ATLANTIK
Lautan Atlantik adalah lautan terbesar kedua di dunia, meliputi sekitar 1/5 permukaan Bumi. Kata Atlantik berasal daripada mitologi Yunani yang bererti "Laut Atlas".
Lautan ini berbentuk huruf S, memanjang dari belahan bumi utara ke belahan bumi selatan, terbagi dua oleh arus balik khatulistiwa pada 8° Lintang Utara menjadi Atlantik Utara dan Atlantik Selatan. Disempadani oleh Amerika Utara and Amerika Selatan di bahagian barat lautan dan Eropah dan Afrika dibhaagian timur lautan.
Lautan Atlantik berhubungan dengan Lautan Pasifik, dibahagian utara bumi melalui Lautan Artik dan dibahagian selatan bumi melalui Lintasan Drake. Sebuah hubungan buatan tangan antara Lautan Atlantik dengan LAutan Pasifik dibuat melalui Terusan Panama. Batas antara Lautan Atlantik dengan LAutan India di bahagian timur, dibatasi pada garis 20° Bujur Timur. Batas antara LAutan Atlantik dengan LAutan Artik adalah garis dari Greenland ke Svalbard di utara Norway.
Mencakupi sekitar 20% permukaan Bumi, Lautan Atlantik berada di urutan kedua terbesar dalam segi ukurannya setelah Lautan Pasifik. Bersama dengan lautan di sekitarnya ia mempunyai luas sebesar 106.450.000 km²; jika lautan di sekitarnya tidak dihitung, luasnya 82.362.000 km². Jumlah wilayah yang mengalir ke Samudra Atlantik lebih besar empat kali daripada Samudra Pasifik maupun Samudra Hindia. Volume Samudra Atlantik dengan lautan sekitarnya adalah 354.700.000 km³ dan tanpanya adalah 323.600.000 km³.
Kedalaman rata-rata Lautan Atlantik, dengan lautan di sekitarnya adalah 3.332 m (10.932 kaki); tanpanya adalah 3.926 m (12.877 kaki). Kedalaman terbesar, 8.605 m (28.232 kaki), berada di Palung Puerto Riko. Lebar Samudra Atlantik beragam, dari 2.848 km (1.769 mil) di antara Brazil dan Liberia hingga sekitar 4.830 km (3.000 mil) antara Amerika Syarikat dan sebelah utara Afrika.
Lautan Atlantik mempunyai pesisir pantai yang tak beraturan (ireguler) yang dibatasi pelbagai teluk dan lautan, termasuk Laut Carribean, Teluk Mexico, Teluk St. Lawrence, Laut Mediterranean, Laut Hitam, Laut Utara, Laut Baltik, dan Laut Norway-Greenland. Pulau-pulau di Lautan Atlantik termasuk Svalbard, Greenland, Iceland, Rockall, Britania Raya, Irlandia, Fernando de Noronha, Azores, Kepulauan Madeira, Kepulauan Canary, Tanjung Verde, Bermuda, Hindia Barat, Ascension, St. Helena, Tristan da Cunha, Kepulauan Falkland, dan Pulaua South Georgia.


LAUTAN HINDI
Lautan Hindi adalah lautan ketiga terbesar di dunia, meliputi sekitar 20% permukaan air Bumi. Di utara ia disempadani oleh selatan Asia; di barat oleh Semenanjung Arab dan Afrika; di timur oleh Semenanjung Malaysia, Indonesia, dan Australia; di selatan oleh Lautan Selatan. Lautan ini dipisahkan dengan Lautan Atlantik oleh 20° timur meridian, dan dengan Lautan Pasifik oleh 147° timur meridian.


LAUTAN SELATAN
Lautan Selatan merupakan lautan yang mengelilingi benua Antartika. Ia merupakan lautan keempat terbesar di dunia. h Pertubuhan Hidrografi Antarabangsa telah bersepakat memanggilnya sebagai lautan pada tahun 2000. Sebelum itu, umum berpandangan bahawa Lautan Atlantik, Lautan Hindi dan Lautan Pasifik terus bertemu dengan persisiran pantai benua Antartika.SELATAN


LAUTAN ARTIK
Lautan Artik terletak di hemisfera utara dan berdekatan dengan kawasan kutub utara. Artik ialah lautan yang terkecil dan yang tercetek antara lima buah lautan di dunia.[1] Walaupun Pertubuhan Hidrografi Antarabangsa (IHO) mengiktirafnya sebagai sebuah lautan, ahli-ahli oseanografi merujuknya sebagai Laut Mediterranean Artik atau Laut Artik secara mudah, dan mengelaskannya sebagai salah satu laut yang terangkum dalam Lautan Atlantik. Sebagai alternatif, Lautan Artik juga dirujuk sebagai cuping Lautan Dunia yang paling utara.
Kebanyakan Lautan Artik dilitupi ais, baik pada bulan-bulan yang lebih sejuk mahupun pada sepanjang tahun. Walaupunbegitu suhu dan tahap kemasinannya berbeza-beza dari musim ke musim ketika penutup aisnya mencair dan membeku, [2] kemasinan puratanya adalah yang paling rendah antara lima buah lautan kerana kadar penyejatan yang rendah, liran keluar ke perairan bersekitaran yang terhad, serta aliran masuk air tawar yang banyak. Kecutan pek ais pada musim panas dianggarkan sebanyak 50%. [1]

0 ulasan: