Jumaat, 1 Mei 2009

BENTUK MUKA BUMI, GEOGRAFI



Kedudukan Malaysia


Malaysia merupakan sebuah Negara Bangsa yang terdiri daripada Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Ia meliputi 13 buah Negeri (Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Melaka, Johor, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak) dan 1 Kerajaan Persekutuan yang terdiri daripada 3 buah Wilayah (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya).
Lokasi
Malaysia terletak berhampiran dengan Garisan Khatulistiwa iaitu Garisan Lintang 2º dan 7º Utara dan Garisan Bujur 100º dan 119º Timur. Keluasan Malaysia meliputi 330,252 kilometer persegi. Semenanjung Malaysia sahaja meliputi seluas 131,598 kilometer persegi, manakala, Sabah meliputi keluasan 73,710 kilometer persegi dan Sarawak seluas 131,598 kilometer persegi.
Semenanjung Malaysia bersempadan dengan Negara Thailand (utara), Singapura (selatan), Sarawak bersempadan dengan Negara Brunei Darussalam dan Sabah bersempadan dengan Filipina. Laut China Selatan seluas 531.1 kilometer persegi memisahkan Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak, Selat Melaka memisahkan Semenanjung dengan Sumatera, Indonesia dan Selat Teberau memisahkan Malaysia dengan Singapura.


TANAH TINGGI DI MALAYSIA


TANAH TINGGI CAMERON
Cameron Highlands atau Tanah Tinggi Cameron merupakan sebuah pusat peranginan tanah tinggi yang terkenal di semenanjung Malaysia. Cameron Highland terletak di barat daya negeri Pahang, sebuah negara yang kaya dengan khazanah hutan semulajadinya. Cameron Highland terletak setinggi 1,829 meter dari aras laut dan mempunyai bersuhu antara 100c hingga 200c. Keindahan Cameron Highland pastinya akan memukau hati sesiapa sahaja yang berkunjung ke sana.










TANAH TINGGI GENTING


Genting Highlands atau Tanah Tinggi Genting (2000m di atas paras laut 3°24′6.51″U, 101°46′2.62″T) ialah puncak gunung yang terletak dalam Banjaran Titiwangsa di Semenanjung Malaysia dan merupakan tempat peranginan yang terkenal di Malaysia. Merentasi sempadan negeri Pahang and Selangor, perjalanan ke Genting Highlands mengambil masa kira-kira sejam dengan kereta dari Kuala Lumpur ataupun melalui kereta kabel bergerak yang terpantas di Asia Tenggara.






BUKIT FRASER
Bukit Fraser terletak di negeri Pahang, di atas Banjaran Titiwangsa, Malaysia. Ia merupakan kawasan pelancongan pergunungan yang menarik kerana suhunya sejuk 15 `Celcius. Puncak tertinggi Bukit Fraser ialah 1,280 meter dari aras laut. Kira-kira 104 kilometer dari bandar raya Kuala Lumpur.
Bukit Fraser mendapat nama dari seorang pengembara British pada zaman kolonial iaitu Louis James Fraser . Terdapat pelbagai cerita menarik tentang beliau tetapi tidak begitu jelas termasuk beliau sebagai pengeluar dadah opium dan perjudian di antara para pelombong di Pahang.
Banyak bangunan dan banglo dibina mengikut cita rasa kolonial British. Dinding rumah dari batu konkrit besar yang disusun dan disimen. Warna dinding berwarna putih dengan diselang-seli warna hitam pada tiang jenang. Pagar rumah dibuat daripada pokok-pokok bunga . Lebar jalan raya agak terhad iaitu hanya dua lorong dan sukar untuk berselisih kereta. Tidak ada bas naik ke Bukit Fraser kerana jalan rayanya sempit, banyak selekoh berbahaya dan curam. Di sepanjang jalan , banyak tanah runtuh yang ditutup dengan kain plastik berbelang atau sedang diperbaiki.
Bunga-bungaan yang ditanam menghiasi Bukit Fraser juga diimport dari luar negara kerana suhunya sederhana sejuk.






TANAH PAMAH DI MALAYSIA


LEMBANGAN SUNGAI MEKONG
Lembangan Sungai Mekong meliputi kawasan sekeliling tanah , sungai -sungai utama dan sungai ranting di Sungai Mekong. Lembangan Sungai Mekong ini termasuklah negara China, Myanmar, VietNam, hampir 1/3 Thailand dan kebanyakan dari Kemboja dan Laos. Luas lembangan ini kira-kira 795,000 km persegi, adalah hampir sama saiz gabungan Perancis dan Jerman.
Hulu sungainya beribu-ribu kilometer tinggi iaitu di Tibet Plateau. Ia mengalir terus ke enam kawasan geografi berbeza , setiap satu dengan ciri-ciri berbeza dari segi ketinggian, topografi dan litupan tanah. Ia akan mengambil 2 hari dua puluh empat jam yang dimaksudkan 100 km setiap jam untuk mengalir he hilir Sungai Mekong (4800 km).
Banyak sumber di Lembangan Mekong adalah kawasan berair dan biodiversiti. Hanya Lembangan Sungai Amazon mempunyai kepelbagaian tumbuhan lebih besar dan kehidupan haiwan. Terlalu banyak aliran air masuk ke Sungai Mekong berbanding lembangan di sekelilinginya.Secara purata 15,000 meter padu air di dalamnya. Dalam banyak bahagian dunia, air membekalkan air kepada 100,000 rakyat . Air ini menyuburkan kawasan hutan yang luas dan bahan-bahan binaan tanah bencah , ubat-ubatan dan makanan, menyediakan habitat untuk ribuan spesis tumbuhan dan binatang-binatang dan menyokong kegiatan perikanan. Nilai komersial dianggarkan US$2 bilior dolar setiap tahun. Sumber galian di sini termasuklah timah, tembaga, bijih besi, gas asli, potasy, batu-batu permata dan emas.[1]




LEMBANGAN MALIAU
Lembangan Maliau atau Maliau Basin terletak di Sungai Maliau dan Sungai Kinabatangan di negeri Sabah. Sungai Maliau merupakan anak sungai Kinabatangan, sungai kedua terpanjang di Malaysia, selepas Sungai Rajang.
Lembangan ini merupakan salah satu kawasan semula jadi yang masih menjadi misteri sehingga kini. Ia disempadani oleh tubir yang unik dan menggerunkan. Lembangan yang berbentuk hampir bulat boleh dilihat dari udara. Ia merangkumi kawasan hutan asli seluas 390km persegi.
Ia mempunyai ekosistem sendiri, belum pernah diduduki secara tetap dan mempunyai tinggalan kawasan yang luas untuk diterokai dan didokumentasi.Menurut sumber ysnet.org, keseluruhan lembangan ini merupakan kawasan tadahan air tunggal luas, yang hanya disalirkan oleh sebatang sungai sahaja iaitu sungai Maliau yang mengalir keluar melalui jurang di tenggara lembangan, bertemu dengan sungai Kuamut dan akhirnya sungai Kinabatangan, jalan air yang terbesar dan terpenting di Sabah.




DELTA
Delta ialah lanar yang berbentuk segi tiga di muara sungai.


PINGGIR LAUT


PANTAI REMIS
Pantai Remis ialah sebuah pekan dan pantai di daerah Manjung, Negeri Perak Darul Ridzuan. Bandar lain yang berdekatan ialah Beruas, Segari, Kawasan Perindustrian Kampung Acheh , Lumut dan Sitiawan. Dalam peta pada kedudukan 4.6' Utara 100.5' Timur.
Pantai remis mendapat nama daripada remis yang banyak terdapat di pantai tersebut.

0 ulasan: