KEMEROSOTAN MELAKA
Faktor kemerosotan dan kejatuhan Melaka
• Kelemahan kepimpinan
• Masalah perpaduan
• Kelemahan askar Melaka
• Kedatangan Portugis
Kelemahan kepimpinan
1. Selepas kematian Bendahara Tun Perak, tempat beliau diganti oleh Bendahara Tun Mutahir.
Kelemahan pentadbiran Tun Mutahir
1. Tun Mutahir bersikap pilih kasih dan timbul perasaan iri hati di kalangan pembesar lain terhadap beliau.
2. Tun Mutahir difitnah cuba mengatasi kekayaan sultan Melaka.
3. Sultan Melaka menjatuhkan hukuman bunuh terhada Tun Mutahir dan Ahli keluarganya.
Kelalaian pemerintah Sultan Mahmud Shah
1. Melantik Raja Ahmad Shah yang tidak cekap dan lemah.
2. Melantik Tun Perpatih Putih yang uzur dan tepok sebagai Bendahara.
3. Amalan rasuah dan fitnah berlaku secara berleluasa.
4. Sistem cukai yang sedia ada tidak diamalkan menyebabkan pedagang memilih pelabuhan lain seperti Acheh, Bantam, Patani, dan Brunei.
Masalah perpaduan
1. Pelantikan Tun Mutahir sebagai Bendahara Melaka telah menimbulkan semula persaingan antara Orang Melayu dengan Orang India Muslim untuk mendapatkan pengaruh.
2. Persaingan ini berpunca daripada amalan pilih kasih dalam pentadbirannya, sebagai contoh:
• Perebutan pengaruh antara Laksamana Khoja Hassan dengan Tun Mutahir
• Raja Mendeliar yang menfitnah Tun Mautahir cuba mengatasi kekayaan sultan
Kelemahan askar Melaka
1. Askar Melaka menggunakan keris, panah, sumpit beracun, perisai, tombak dan senjata tradisional yang lain semasa menghadapi serangan Portugis tetapi senjata yang digunakan oleh Portugis adalah lebih baik.
2. Angkatan perang Melaka tidak mempunyai struktur yang lengkap seperti Portugis.
3. Askar-askar Portugis lebih terlatih daripada askar-askar Melaka.
4. Portugis mendapat sokongan dari pangkalan tentera mereka di Goa, India.
5. Askar-askar upahan Melaka dari Jawa melarikan diri.
Kedatangan Portugis
Gospel, Gold & Glory
Sebab kedatangan Portugis
• Penyebaran Agama Kristian
• Kegiatan perdagangan (Gold)
• Penemuan jalan laut (Glory)
Ahad, 3 Mei 2009
KEMEROSOTAN MELAKA
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

0 ulasan:
Catat Ulasan