Selasa, 9 Jun 2009

Langkah-langkah Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam Sekitar



Langkah-langkah Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam Sekitar


Penghutanan semula


1. Penghutanan semula ialah kegiatan menanam semula hutan yang telah ditebang dengan spesies pokok yang cepat tumbuh dan bermutu. Contohnya, pokok jenis pain, batai, dan sesenduk telah ditanam di Bukit Tinggi, Pahang.
2. Jabatan Perhutanan Malaysia bertanggungjawab untuk menjalankan penghutanan semula. Kaedah ini dijalankan secara terancang dan sistematik.
3. Tujuan utama penghutanan semula adalah untuk memastikan bekalan kayu yang bermutu dapat dibekalkan berterusan.
4. Contoh penghutanan semula yang telah dilaksanakan adalah seperti di Hutan Simpan Kemasul, Pahang dan Hutan Simpan Paya Laut, Perak.

Mewartakan hutan simpan dan taman Negara



1. Hutan simpan dan taman negara dapat member perlindungan kepada floradan fauna yang hampir pupus.
2. Kegiatan pembalakan, penerokaan hutan, dan pemburuan binatang tidak dibenarkan dilakukan di kawasan tersebut.
3. Contoh hutan simpan dan taman negara yand telah diwartakan adalah seperti:
Hutan Simpan Hulu Gombak, Selangor
Hutan Simpan Sepilok, Sabah
Hutan Simpan Bukit Lama, Sarawak
Taman Negara Kinabalu, Sabah
Taman Negara, Pahang

Penanaman berteres



1. Kaedah penanaman berteres telah dijalankan di kawasan cerun bukit untuk menanam pelbagai jenis tanaman seperti getah, kelapa sawit, dan the.
2. Tujuan utama langkah ini adalah untuk mencegah kejadian hakisan tanih dan tanah runtuh di kawasan cerun bukit.


Tanaman tutup bumi


1. Tanaman tutup bumi seperti tanaman kekacang dan rumput ditanam di lereng bukit antara barisan-barisan getah dan kelapa sawit.
2. Kaedah ini adalah bertujuan untuk mengurangkan kejadian hakisan tanih dan mengekalkan kesuburan tanih.


Penggunaan baja organik


1. Petani-petani digalakkan supaya menggunakan baja organik atau baja asli daripada najis haiwan dan sisa tanaman untuk menggantikan penggunaan baja kimia.
2. Selain menambahkan kesuburan tanah, baja organik adalah lebih murah, tidak perlu diproses, dan tidak mencemarkan alam sekitar.
3. Contohnya, peladang lada hitam di Sarawak menggunakan guano, iaitu campuran najis burung dan kelawar sebagai baja.


Kaedah biologi


1. Peladang kelapa sawit di negara kita menggunakan kaedah biologi untuk mengawal makhluk perosak.
2. Kaedah biologi ini dapat mengurangkan penggunaan racun serangga dan racun rumpai yang akan mencemarkan alam sekitar.
3. Contohnya, di lading kelapa sawit, ular, burung hantu, dan burung helang digunakan untuk menangkap tikus, burung, dan tupai yang merosakkan buah kelapa sawit.


Pertanian tetap


1. Kerajaan menggalakkan petani-petani tradisional yang mengamalkan pertanian pindah supaya mengubah cara penanaman mereka kepada pertanian tetap.
2. Langkah ini bertujuan untuk mengelakkan kemusnahan kawasan hutan yang berharga dan mengurangkan hakisan tanih.


Melandaikan cerun dan membuat tarahan


1. Pembinaan jalan raya dan lebuh raya di kawasan cerun curam kini dilakukan dengan lebih terancang untuk mengurangkan kesan terhadap alam sekitar.
2. Kawasan cerun bukit yang curam akan dilandaikan untuk mengurangkan hakisan tanih dan kejadian tanah runtuh.
3. Kawasan tebing curam kaki bukit pula akan ditarah untuk mengurangkan kecerunan jalan raya yang dibina melalui kawasan tanah tinggi.


Pembinaan tembok konkrit dan longkang konkrit


1. Tembok konkrit dibina di kawasan cerun bukit yang telah ditarah untuk mengurangkan hakisan tanih.
2. Aliran air di kawasan cerun yang telah ditarah pula diperbaiki melalui pembinaan longkang konkrit untuk mengelakkan air bertakung dan seterusnya gelongsoran tanah dapat dielakkan di kawasan tersebut.


REVIU PANTAS


LANGKAH-LANGKAH PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR
Mewartakan hutan simpan dan tanam negara
Pembinaan longkang konkrit
Melandaikan cerun dan membuat tarahan
Menjalankan pertanian tetap
Pembinaan tembok konkrit
Penggunaan baja organic
Kaedah biologi
Tanaman tutup bumi
Penanaman berteres
Penghutanan semula


0 ulasan: