Ahad, 28 Februari 2010

Bab 1- Kedudukan Strategik Mendorong Pertapakan British

1.2 Tipu Helah Francis Light bagi Mendapatkan Pulau Pinang

· Francis Light menerima tawaran SultanAbdullah.

· Francis Light telah menandatangani Perjanjian Inggeris - Kedah dengan pada tahun 1786 tanpa pengetahuan SHTI.

Perjanjian Inggeris- Kedah 1786

· SHTI hendaklah membantu Kedah sekiranya Kedah diserang musuh

· SHTI tidak boleh melindungi musuh-musuh Kedah

· SHTI akan membayar 30 000 Dolar Sepanyol setahun kepada sultan Kedah sebagai pampasan

· Sultan Abdullah telah membenarkan Francis Light menduduki Pulau Pinang dengan syarat beliau mestilah memberikan bantuan ketenteraan kepada beliau apabila diperlukan.

· Dengan rasminya pada II ogos 1786, upacara menaikkan bendera Union Jack telah diadakan dan ini menandakan bermulanya penjajahan British di Tanah Melayu.

· Pulau Pinang telah dinamakan sebagai Prince of Wales Island oleh Francis Light.

· Kawasan petempatan mereka dinamakan Georgetown sempena nama Raja England, iaitu King George III.

SHTI mungkir janji

· Pada tahun 1786, Kedah diancam oleh Siam.

· Sultan Abdullah telah meminta SHTI memberikan bantuan ketenteraan seperti yang dijanjikan dalam Perjanjian 1786.

· SHTI tidak mahu memberikan bantuan ketenteraan kepada Kedah dengan alasan SHTI tidak terlibat dalam Perjanjian 1786.

· Perjanjian tersebut hanya ditandatangani antara Sultan Abdullah dengan Francis Light.

· Sebenarnya. SHTI tidak mahu menyinggung perasaan Siam untuk menjaga kepentingan perdagangan dengan Siam.

· Sultan Abdullah telah mendesak Francis Light supaya meninggalkan Pulau Pinang kerana tidak mengotakan janjinva.

· Francis Light tidak mahu meninggalkan Pulau Pinang dan sebaliknya menawarkan bayaran ganti rugi Sultan Abdullah

· Tindakan tersebut telah menyebabkan Sultan Abdullah berasa marah dan tertipu.

· Baginda telah menyediakan angkatan tentera taut di Seberang Perai dengan bantuan daripada Riau, Siak dan Selangor untuk menyerang dan mengambil semula Pulau Pinang.

· Francis Light telah menyerang kubu Sultan Kedah di Seberang Perai dengan bantuan tentera British.

· Sultan Abdullah akhimya kalah dan terpaksa menandatangani Perjanjian Persahabatan dan Keamanan lnggeris­ Kedah pada I Mei 1791.

· Antara syarat-syarat perjanjian ini ialah:-

Perjanjian Persahabatan dan Keamanan Inggeris-Kedah

1 Mei 1794

1) SHTI menduduki Pulau Pinang secara rasmi

2) SHTI akan membayar $6,000 dolar Sepanyol setahun kepada Sultan Kedah setiap tahun

· Gabenor Pulau Pinang yang pertama ialah George Leith.

1.3 SHTI Mengambil SeberangPerai

-

· SHTI telah membangunkan Pulau Pinang sehingga menjadi pangkalan laut dan pusat perdagangan yang penting di Kepulauan Melayu

· SHTI memerlukan kawasan Seberang Perai sebagai benteng pertahanan kepada sekiranya Pulau Pinang diserang dari tanah besar.

· Selain itu, kawasan tanah di SeberangPerai adalah subur dan sesuai untuk bercucuk tanam bagi menampung keperluan makanan di Pulau Pinang.

· SHTI berpeluang mengambil Seberang Perai apabila Sultan Dziauddin meminta bantuan ketenteraan bagi menghadapi ancaman Siam.

· SHTI telah mengambil kesempatan ini dan memaksa Sultan Dziauddin menandatangani Perjanjian Persahabatan dan Perikatan dengan Gabenor George Leith pada bulan Jun 1800.

· Syarat-syarat Perjanjian dan Perikatan 1800:

Perjanjian Persahabatan dan Perikatan 1800

· Sultan Kedah menyerahkan Seberang Perai

· SHTI akan membayar 10 000 Dolar Sepanyol setahun bagi Pulau Pinang dan Seberang Perai

· Dengan perjanjian ini, SHTI menduduki Seberang Perai yang kemudiannya dikenali sebagai Province wellesly.

· Pada tahun 1821, Kedah sekali lagi telah tertipu dengan janji-janji manis SHTI apabila Siam menyerang Kedah tetapi SHTI tidak memberi sebarang bantuan.

· Akhirnya Kedah ditakluki oleh Siam walaupun rakyat Kedah berjuang mempertahankan kedaulatannya.

· Pada Jun 1826, Perjanjian Bumey telah ditandatangani antara Raja Siam iaitu Rama Ill dengan Henry Burney.

Perjanjian Burney 1826

Antara syarat perjanjian ialah:

1. British mengiktiraf ketuanan Siam terhadap Kedah.

2. Sultan ndah, Sultan Ahmad Tajuddin II tidak didenarkan tinggal di 7(edah, Pulau Pinang, Sederang Perai, Pera k Selangor dan Burma.

3. British tidak akan mem6antu sultan 7(edah menyerang Siam Ian ajahan takfuknya.

4. British akan menghantar balik sultan Kedah yang berlindung di Pulau Pinang ke Kedah, dan Kedah hendaklah membayar ufti bunga emas kepada Siam.

5. Siam mengiktiraf pendudukan British di Pulau Pinang dan Seberang Perai.

· Kita dapat melihat bahawa Francis Light dan SHTI telah memungkiri syarat-syarat perjanjian dan menggunakan tipu muslihat untuk mengambil Pulan Pinang dan Seberang Perai daripada Sultan Kedah.

1.4 Pertapakan SHTI di Singapura

SHTI gagal memajukan Pulau Pinang

· Pulau Pinang gagal bersaing sebagai pelabuhan di Kepulauan Melayu kerana kedudukannya kurang strategik. Pulau Pinang terletak terlalu jauh ke utara di Selat Melaka. Kebanyakkan kapal dagang lebih suka berdagang di Betawi, Riau dan Lingga.

· SHT1 telah menguasai Melaka dan Betawi semasa Perang Napoleon.

· Melaka dab Betawi ialah tanah jajahan Belanda pada ketika itu.

· Raja Belanda telah membenarkan British menduduki tanah jajahan Belanda untuk menyelamatkan tanah jajahan itu daripada diduduki Perancis.

· Melaka dan Betawi yang diduduki sementara oleh British akibat Perang Napolean diserahkan kembali kepada Belanda apabila Perang Napoleon tamat.

· Pemulangan ini menjejaskan perdagangan Inggeris di Kepulauan Melayu.

· British sangat memerlukan sebuah pangkalan baru di Kepulauan Melayu kerana:-

a) Perdagangan SHTI dengan China semakin penting. Oleh itu, perlunya sebuah pelabuhan yang strategik di selatan Selat Melaka untuk menguasai laluan perdagangan antara China dengan India.

b) SHTI ingin memecahkan monopoli perdagangan Belanda. Di samping itu, Belanda mengenakan cukai yang tinggi dan memberi layanan yang buruk kepada pedagang British di Betawi.

· Stamford Raffles telah diminta untuk mencarikan sebuah pelabuhan baru untuk menyaingi pengaruh Belanda.

Singapura pangkalan perdagangan yang strategik

· Raffles telah mencadangkan kepada SHTI bahawa Singapura boleh dijadikan sebagai pangkalan baru

· Pada masa itu, Singapura berada dalam wilayah takluk kerajaan Johor.

· Raffles sangat berminat dengan Singapura kerana:

(a) Kedudukan Singapura yang strategik dapat mengawal laluan perdagangan di Selat Melaka dan Selat Sunda.

(b) Singapura sesuai dijadikan pelabuhan bebas yang dapat menyaingi pelabuhan Belanda di Betawi.

(c) Singapura dapat menyekat kemaraan kuasa Belanda di Kepulauan Melayu.

(d) Singapura dapat menyekat monopoli perdagangan Belanda di Kepulauan Melayu.

clip_image001

Peta 1.3 Kedudukan pelabuhan-pelabuhan utama di laluan perdagangan antara India dengan China.

Taktik Raffles mengambil Singapura

· Raffles tiba di Singapura Pada tahun1819.

· Singapura diperintah olehTemenggung Abdul Rahman.

· Satu perjanjian telah dibuat pada 30 Januari 1819 antara Raffles dengan Temenggung Abdul Rahman.

· Perjanjian itu terpaksa ditandatangani oleh Temenggung Abdul Rahman kerana beliau bimbang diserang oleh Raffles.

· Syarat-syarat perjanjian antara Temenggung Abdul Rahman dengan Stamford Raffles:

Perjanjian antara Temenggung Abdul Rahman dengan Stamford Raffles

· SHTI boleh mendirikan loji di Singapura

· SHTI bersetuju melindungi Temenggung daripada sebarang ancaman

· SHTI akan membayar 3 000 Dolar Sepanyol setahun kepada Temenggung

· SHTI tidak membenarkan Temenggung membuat hubungan dengan negara Barat yang lain

· Perjanjian tersebut dianggap tidak sah kerana dibuat tanpa persetujuan daripada Sultan Johor, iaitu Sultan Abdul Rahman.

· Raffles dapat mengatasi masalah tentangan daripada Sultan Abdul Rahman apabila mengetahui adanya masalah pewarisan takhta yang berlaku pada tahun 1812.

· Raffles telah menggunakan masalah pewarisan takhta kerajaan Johor sebagai helah untuk bertapak di Singapura.

· Masalah perebutan takhta kerajaan Johor bermula apabila Tengku Abdul Rahman, putera bongsu Sultan Johor, telah dilantik menjadi Sultan Johor.

· Tengku Abdul Rahman yang bergelar Sultan Abdul Rahman turut mendapat pengiktirafan daripada Belanda.

· Putera sulung Tengku Hussein atau Tengku Long tidak dilantik sebagai Sultan kerana baginda tidak ada semasa kemangkatan ayahandannya.

· Tengku Hussein pada ketika itu berada di Pahang kerana melangsungkan perkahwinannya.

· Sekembalinya dan Pahang, Tengku Hussein menuntut hak menjadi Sultan Johor.

· Raffles berjaya memujuk Temenggung Abdul Rabman dan menjemput Tengku Hussein ke Singapura untuk ditabalkan menjadi Sultan Johor.

· Pada 6 Feb 1819, Sultan Hussein mengiktiraf perjanjian awal antara Temenggung Abdul Rahman denganRaffles.

· Dengan ini, SHTI mula bertapak secara rasmi di Singapura.

SHTI mencengkam Singapura

· SHTI telah membuat beberapa perjanjian dengan Sultan Hussein dan Temenggung untuk mengukuhkan kedudukannya di Singapura.

· Raffles menandatangani satu perjanjian dengan Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman untuk membolehkan SHTI berkuasa di seluruh Singapura pada Jun 1823.

· Syarat-syarat Perjanjian 7 Jun 1823:

Perjanjian 7 Jun 1823

Antara syarat perjanjian ialah:-

1. Sultan menerima bayaran sebanyak 1500 dolor Sepanyol dan Temenggung menerima 800 dolor Sepanyol setiap bulan.

2. Sultan dan Temenggung tidak berhak menerima atau mengutip cukai dari tongkang Cina.

3. SHTI berkuasa di seluruh Singapura dan pulau pulau yang berdekatan dengannya kecuali kawasan atau pulau kediaman Sultan dan Temenggung.

4. Undarig-undang British dikuatkuasakan.

· Pada 2 Ogos 1824, satu lagi perjanjian ditandatangani antara John Crawfurd, iaitu Residen Singapura, dengan Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman untuk memaksa Sultan Hussein menyerahkan Singapura secara rasmi kepada SHTI.

· Syarat-syarat Perjanjian 2 Ogos 1824:

Perjanjian 2 Ogos 1824

Antara syarat perjanjian ialah:

1. Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman menyerahkan Singapura kepada SHTI buat selama­lamanya.

2. Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman hendaklah membenarkan pedagang-pedagang bebas berdagang di Johor dan wilayah takluknya.

3. Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Qahman atau warisnya boleh menetap di tanah milik baginda di Singapura atau berpindah dari Singapura.

1.5 Perpecahan Kepulauan-Melayu

· Pendudukan British di Singapura dibantah oleh Belanda yang mendakwa bahawa Singapura adalah di bawah lingkungan pengaruhnya.

· Belanda bimbang pembukaan Singapura akan menjejaskan kepentingan ekonomi dan politik Belanda di Kepulauan Melayu.

· Belanda juga bimbang dengan kemajuan Singapura sebagai pusat perdagangan, aktiviti perdagangan di Betawi akan terjejas.

· British enggan menyerahkan Singapura kepada Belanda dan hal ini telah mencetuskan ketegangan antara British dengan Belanda.

· Akhirnya pertikaian antara British dengan Belanda diselesaikan melalui Perjanjian Inggeris Belanda 1824.

· Perjanjian tersebut juga dikenali sebagai Persetiaan London.

· Syarat-syarat perjanjian Inggeris­Belanda 1824 :

Perjanjian Inggeris-Belanda

17 Mac 1824

Antara syarat perjanjian ialah:

1. Belanda mengiktiraf petempatan British di Singapura.

2. Belanda berjanji tidak akan membuka petempatan baru di Tanah Melayu.

3. British menyerahkan Bangkahulu kepada Belanda, sementara Belanda menyerahkan Melaka kepada British.

4. British berjanji tidak akan membuka petempatan baru ke selatan Singapura.

· Perjanjian ini telah membawa beberapa kesan. Antaranya ialah:

(a) Kepulauan Melayu terbahagi kepada dua kawasan pengaruh, iaitu Kepulauan Melayu dan Singapura di bawah pengaruh British manakala Kepulauan Riau dan Lingga di bawah pengaruh Belanda.

(b) British dapat meluaskan pengaruhnya di Tanah Melayu.

(c) British telah memiliki tiga pelabuhan penting di Tanah Melayu, iaitu Pulau Pinang, Singapura dan Melaka.

(d) British dapat menguasai laluan perdagangan di Selat Melaka.

(e) Empayar Johor-Riau berpecah

clip_image002

Peta 1.4 Pembahagian kawasan pengaruh British dan Belanda akibat Perjanjian Inggeris-Belanda 1824

1.6 Penubuhan dan Pentadbiran Negeri-negeri Selat

· Setelah termeterai Perjanjian Inggeris­Belanda 1824, SHTI mempunyai tiga petempatan, iaitu Pulau Pinang, Melaka dan Singapura.

· Corak pentadbiran di ketiga-tiga petempatan tersebut berbeza.

· Leftenan Gabenor mentadbir Pulau Pinang. Singapura dan Melaka masing­-masing ditadbir oleh Residen.

· Untuk menyeragamkan pentadbiran dan menjimatkan perbelanjaan, ketiga-tiga petempatan disatukan di bawah satu pentadbiran yang dikenali sebagai Negeri-negeri Selat (NNS) pada tahun 1826.

· Ibu Negeri NNS yang pertama ialah Pulau Pinang yang kemudiannya digantikan oleh Singapura pada tahun 1832 kerana kedudukan Singapura yang lebih strategik dan menguntungkan.

· Pentadbiran NNS diketuai oleh Gabenor.

· Gabenor dibantu oleh Residen Konsular.

· Gabenor bertanggungjawab kepada Gabenor Jeneral di India

clip_image004

Peta 1.5 Kedudukan Negeri-negeri Selat pada tahun 1826

· Dasar pentadbiran Gabenor Jeneral British di India tidak disenangi oleh penduduk tempatan dan saudagar kerana merasakan NNS seolah-olah tanah jajahan India.

· Saudagar-saudagar British di NNS mahukan kerajaan British memindahkan pentadbiran NNS ke London.

· Antara sebab penduduk tempatan dan saudagar British merayu supaya pentadbiran NNS dipindahkan dari India ke London pada tahun 1867 ialah:

(a) Kebajikan NNS tidak diambil berat oleh SHTI di India.

(b) SHTI di India hendak menghapuskan taraf pelabuhan bebas di Singapura.

(c) SHTI di India tidak mengawal kedatangan imigran Cina ke NNS. Imigran Cina menubuhkan kongsi gelap dan sering bergaduh sesama sendiri.

(d) Para perdagang rugi apabila SHTI di India menggantikan mata wang dolar Sepanyol dengan mata wang rupee India melalui Akta Akta Wang 1855.

(e) NNS dijadikan tempat buangan banduan.

· Akhirnya kerajaan British mengistiharkan NNS sebagai tanah jajahan pada 1 April 1867.

· NNS diletakkan dibawah tanggungjawab Pejabat Tanah Jajahan di London.

· Sebuah Majlis Perundangan ditubuhkan untuk membolehkan NNS menggubal perlembagaan dan undang­-undang sendiri.

0 ulasan: